Di Munshi, bulan puasa yang paling diingati adalah waktu tingkatan tiga. Waktu tu, zaman glemer jadi AJK asrama...hehe. Saya, Syam dan Mahirah yang paling junior masa tu.
Waktu nak berbuka adalah saat yang best..hehe. Saya dan Syam akan tolong serve nasi pada kawan-kawan. Bila dah duduk nak berbuka, saya duduk dengan Syam juga. Meja dan kerusi yang sama setiap kali

Yang menariknya, masa yang kami ambil untuk makan cuma 5 minit saya kira. Hehe, makan memang tak banyaklah. Cukup dengan kurma, sesenduk nasi dan lauk.
Tanpa apa bicara (seperti orang lain), saya dan Syam tekun menjamah. Orang lain mungkin baru nak gaul nasi, kami dah selesai. Lepas tu masuk bilik dan terus beratur untuk ke surau.
Di situlah saya kira keakraban saya dan Syam terjalin. Jangan tak tahu, Syam adalah pelajar terbaik di zaman saya. Hem, Syam juga adalah idola teman sebaya saya waktu itu. Kebetulan kami sama-sama AJK asrama. Dia cemerlang bukan saja dalam pelajaran, tapi juga sukan.

::Kiri dan Kanan::
Pelita di pasang semasa Ramadhan di laluan asrama. Yang rajin memasang pelita tentulah Kak Yana. Gaya lasaknya bukan main lagi. Jika tak ada lampu, dia yang akan lari dulu. Kira foreman kami lah.
Hampir nak raya, kami ada sudut DJ sendiri. Bukan main seronok lagi. Boleh buat permintaan lagu. Saya turut bantu jadi DJ, bacakan ucapan dari kawan-kawan dan mainkan lagu- lagu raya. Hehe.
Time tu jugaklah, semua orang sibuk tulis kad raya..hehe. Saya pun tak ketinggalan. Bila sampai rumah, banyak betul kad raya yang diterima. Erm, kenangan..
Itu memori puasa saya zaman menengah. Anda?? :)
2 comments:
budak2 4 PI...haha..tp muka patik tiada???adakah sy yg mengambil gambar itu??hehe
maybe lah kot..hehe
Post a Comment